suria

Genggam kemaluan panas sehingga di tangan... Seksanya Ejai Aziz disihir

VOKALIS kumpulan Azarra Band iaitu Ejai Aziz mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir, baru-baru ini.

Gara-gara perbuatan itu, dia diserang gangguan dan penyakit misteri antaranya kemaluan menjadi panas.

Kata Ejai, dia masih lagi sedang berusaha mendapatkan rawatan meskipun ada kalanya dia berasa sudah berputus asa.

"Benda ini terjadi pada tahun lepas dan bahagian bawah alat sulit saya tu akan menjadi panas.

"Yang peliknya alat sulit bahagian bawah tu akan menjadi panas selepas pukul 12 pagi dan akan kembali normal selepas Subuh... sampaikan genggam kemaluan pun terasa panas di tangan,

"Saya tidak paksa orang untuk percaya tapi perkara ini merupakan pengalaman atau penderitaan yang saya perlu tanggung apabila terkena sihir ini.

"Mulanya saya memang tidak percaya terkena sihir ini, sehingga la doktor mengesahkan saya tidak ada sakit apa-apa dan barulah sedar yang saya sudah terkena sihir buatan orang," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi