suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zamani perlukan dana rawat tulang belakang... Tibalah masanya peminat beri sokongan

KEADAAN terkini penyanyi Zamani Slam kelihatan semakin merosot dan perlu menjalani pembedahan Skoliosis dengan kadar segera.

Ujar Zamani, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja.

Zamani bakal menjalani pembedahan tulang belakang di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan masih menunggu tarikh temu janji daripada pihak hospital dalam masa terdekat ini.

“Mengenai kesihatan saya yang terbaru agak kurang baik buat masa ini, cuma saya masih lagi keluar bekerja.

“Selagi mampu untuk bekerja dan saya akan lakukan walaupun keadaan diri sekarang ini hampir 24 jam sakit.

“Perut saya, belakang badan memang sentiasa sakit tapi saya hanya mengambil ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain yang doktor beri.

“Mungkin kalau tidak ada aral melintang, saya akan jalani satu pembedahan dan sampai waktu untuk saya lakukannya,” katanya pada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi