suria

[VIDEO] Culas bayar ansuran bulanan, ‘influencer’ diarah pulangkan kereta mewah Range Rover Sport SVR V8

AKIBAT gagal melunaskan bayaran bulanan sebuah kereta mewah jenama Range Rover Sport SVR V8, usahawan dan influencer iaitu Nor Farahiyah Kamal Bharin dituntut agar memulangkan kembali kenderaan itu kepada CTG Capital Sdn. Bhd.

Kenderaan yang telah diberi fasiliti pembiayaan pada tahun 2019 itu bagaimanapun gagal dilunaskan pembayarannya untuk tempoh beberapa bulan.

Disebabkan itu, CTG Capital Sdn. Bhd. menuntut kepada Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur agar Nor Farahiyah selaku defendan dalam kes tersebut memulangkan kenderaan itu.

Nor Farahiyah hadir ke mahkamah bersama suami, Mohamad Fareez Noor Amran yang juga penjamin kepada fasiliti pembiayaan kereta itu ke mahkamah pada Jumaat bagi sesi pendengaran kes di antara kedua-dua belah pihak.

Defendan dalam permohonan kepada mahkamah meminta tempoh sebulan untuk memulangkan kenderaan tersebut dan ia dipersetujui oleh pihak CTG Capital Sdn. Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa dah lama tahu kehadiran ‘penyondol’, tak sanggup hadam apa dilalui Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun... Risau kesihatan mental terjejas

Prosiding didengar dihadapan Hakim, Nur Syafiqah Noorinda membenarkan permohonan itu dan memberi tempoh 30 hari kepada defendan untuk memulangkan kenderaan tersebut.

Terdahulu, CTG Capital Sdn. bhd. telah memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah satu perintah pengambilan semula untuk memulangkan kenderaan tersebut pada September 2021.

Bagaimanapun, perintah tersebut gagal dipatuhi oleh pihak defendan.

Dalam pada itu, Nor Farahiyah ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan kes disambung pada 2 Ogos 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain