suria

Dipukul dengan kayu sehingga cedera, Lufya berdepan situasi cemas diserang lelaki tidak kenali cuba culik anaknya

Kecederaan yang dialami Lufya akibat serangan itu.

PELAKON Lufya Omar berdepan situasi mencemaskan apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu.

Berkongsi situasi genting itu, Lufya atau Lufyah Sheikh Omar berkata, demi mempertahankan anaknya itu, dia telah dipukul menggunakan sebatang kayu di bahagian wajah dan badan yang telah menyebabkan kecederan pada wajah dan badannya.

“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di sebuah playground di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.

WhatsApp Image 2022-06-28 at 4.37.45 PM

Lufya lega anak kesayangannya tidak diapa-apakan.

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya," kongsinya.

Bagaimanapun Lufya, 37, bersyukur dirinya selamat daripada serangan tersebut dan paling penting anaknya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter!," katanya.

Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.

LUFYA OMAR

PELAKON

Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya selain memuat naik beberapa gambar memperlihatkan wajah dan pergelangan tangannya yang cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga

Sementara itu, menerusi perkongsian sama, Lufya turut menggesa para wanita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu seni mempertahankan diri agar dapat melindungi keselamatan diri dan keluarga apabila berlaku situasi cemas.

WhatsApp Image 2022-06-28 at 4.37.46 PM

Pergelangan tangannya turut mengalami lebam.

"Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.

"Syukur Alhamdulillah... Moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji.

"Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain