suria

Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga

Tegar memberitahu banyak masalah dalam rumah tangga.

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka.

Tidak mendedahkan sebab sebenar perceraiannya itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.

"Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.

tegar 3

Tegar sebelum ini pernah berjauhan dengan keluarga untuk menyertai Big Stage 2022 di Kuala Lumpur.

"Banyak masalah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan," katanya.

Menerusi perkongsian di IG Story, bekas peserta program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini.

Perceraian itu dilihat berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga badannya menjadi kurus akibat tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar sertai Big Stage 2022 demi ubah hidup keluarga, terpaksa tinggal isteri dan anak usia 2 tahun di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar Septian nak bina rumah baharu guna duit Big Stage 2022, buat modal buka bisnes jual makanan

"Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stres fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu.

"Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.

Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu

TEGAR SEPTIAN

PENYANYI

"Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan," katanya.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain