suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua hari menghilangkan diri, kedutaan Indonesia di Amerika sahkan Marshanda sudah ditemui 

Marshanda sudah ditemui selepas dua hari menghilangkan diri di Amerika Syarikat.

KEHILANGAN Marshanda di Amerika Syarikat membuatkan keluarga dan peminatnya di Indonesia bimbang dengan keselamatan pelakon dan penyanyi itu.

Apatah lagi, Marshanda dilaporkan mengalami gangguan mental iaitu Bipolar yang sudah dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun selepas dua hari tanpa khabar berita, wakil Kedutaan Besar Indonesia di Amerika iaitu Rosan Roeslani memaklumkan Marshanda sudah ditemui dalam keadaan selamat.

Marshanda kini sedang berada dalam jagaan Kedutaan Indonesia di Los Angeles dan dijadualkan akan berlepas pulang ke Jakarta dalam masa terdekat.

Rosan dalam satu kenyataan ringkas kepada Detik.com memaklumkan pihak kedutaan juga sudah berhubung dengan keluarga Marshanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong kongsi detik anak sulung bersunat, tetap gementar biarpun bukan kali pertama

"Marshanda kini dalam keadaan baik dan akan berlepas pulang ke Indonesia dalam waktu terdekat atas permintaan keluarganya," ujar wakil kedutaan itu.

Terdahulu berita kehilangan pelakon itu didedahkan oleh Sheila Salsabila menerusi Instagram Story yang menetap di Los Angeles.

Sehingga kini, tiada sebarang jawapan kepada kehilangan pelakon dan penyanyi itu di Amerika Syarikat. - Detik.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain