suria

Tanpa gimik lagu Kucu-Kuca tetap popular, Lia Aziz mahu jauhi kontroversi

MESKIPUN cukup dikenali menerusi lagu Kucu-Kuca, namun penyanyi Lia Aziz tetap berhadapan dengan kesukaran untuk menempatkan namanya dalam industri muzik.

Apatah lagi, ketika single pertamanya dilancarkan negara berada dalam suasana pandemik yang menyukarkan dia mempromosikan diri secara fizikal.

Pun begitu, Lia tidak mengejar populariti dan percaya kepada rezeki yang akan memihak kepadanya apabila tiba masanya.

"Bagi Lia, Lia nak naikkan nama sendiri dari dengan kemampuan diri sendiri. Biar orang kenal Lia daripada lagu. Gimik-gimik ini semua ada yang boleh bawa kebaikan dan keburukan.

"Lia kalau boleh hendak menghindari perkara buruk. Gimik itu bukan satu perkara yang akan Lia cuba," katanya kepada mStar.

Bagi memastikan kehadirannya diterima baik tanpa kontroversi atau gimik, Lia berkata, dia akan cuba lakukan yang terbaik agar karya dihasilkan mendapat perhatian pendengar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi