suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Hamidun saran penganjur dan syarikat label beri peluang, risau artis baharu putus asa... “Takut setahun dua nanti mereka hilang”

KOMPOSER Hafiz Hamidun bimbang golongan artis baharu dalam industri muzik akan berputus asa dan meninggalkan bidang seni jika terus tidak mendapat peluang untuk menonjolkan bakat.

Menurut Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 42, peluang yang diberikan walaupun dalam skala kecil amat penting bagi memastikan industri muzik mempunyai pelapis pada masa akan datang.

Katanya, penganjur acara dan syarikat rakaman tidak seharusnya hanya memberi ruang kepada artis yang sudah mempunyai nama sahaja.

Sebaliknya, ujar Hafiz penyanyi baharu juga perlu turut diselitkan dalam setiap program atau projek yang dianjurkan.

“Macam mana revolusi muzik nak berkembang kalau penganjur atau syarikat rakaman cuma beri peluang kepada artis yang sudah ada nama? Boleh, tidak salah, tetapi selitkan juga artis baharu.

“Buat rakaman atau penampilan kecil. Kalau tidak diberikan peluang, saya takut satu atau dua tahun nanti mereka hilang dan buat kerja lain,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, perkembangan media sosial ketika ini memudahkan orang ramai menghasilkan karya dan dikenali sebagai selebriti.

Namun katanya, cabaran sebenar adalah untuk memastikan golongan artis baharu mampu bertahan dalam industri muzik dalam tempoh yang panjang.

“Bagi peluang sama rata dengan artis-artis baharu, kalau tidak kita tiada pelapis.

“Sekarang semua boleh jadi selebriti, semua dalam media sosial boleh berkarya, tapi nak bertahan lama susah,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi