suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syafiq Farhain kecewa projek khas bersama Iklim terkubur, pelik tiba-tiba dibuang group WhatsApp

PENYANYI Syafiq Farhain reda apabila dia dikeluarkan daripada grup WhatsApp selepas menolak satu undangan nyanyian bersama kumpulan Iklim kerana mempunyai komitmen lain.

Menurut Syafiq atau Nursyafiq Farhain A.M Salim, 32, dia terpaksa menolak tawaran tersebut bagi mengelakkan jadualnya bertindih.

"Saya ada dijemput untuk satu undangan nyanyian bersama Iklim, mereka yang ajak.

"Tapi saya tak dapat nak sertai sebab ada acara lain dan risau rushing. Jadi lebih baik saya tolak daripada saya cakap ya tetapi akhirnya tak dapat hadir.

"Bila saya tolak, tiba-tiba saya dikeluarkan daripada grup WhatsApp tanpa sebarang penjelasan," katanya kepada mStar.

Syafiq mengakui berasa sedih apabila mengetahui dirinya tidak lagi terlibat dalam projek berkenaan, lebih-lebih lagi selepas perbincangan mengenai perkara itu sudah menunjukkan perkembangan.

Sebagai penyanyi yang lebih junior, Syafiq berkata dia memilih untuk menghormati keputusan pihak lebih senior dan tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.

"Saya sedihlah bila dah ada progres tetapi tiba-tiba projek itu terkubur. Saya fikir mereka yang senior mungkin lebih tahu dan ada sebab tersendiri buat keputusan itu.

"Tapi pada masa sama, saya terfikir juga... walaupun saya junior, tidaklah saya ini benak ubi. Tetapi tidak mengapalah," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi