suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan adik-beradik kekal baik, Sharif Zero jelaskan sebab tak jemput Syaiful dan Atu ke acara pickleball secara peribadi

PELAWAK Sharif Zero mengakui tiada masalah antara dia dengan dua beradiknya, Syaiful dan Atu, meskipun mereka jarang bertemu dan kali terakhir berkumpul adalah pada tahun lalu.

Menurut Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 36, dia sememangnya merindui momen bersama-sama adik-beradiknya seperti sebelum ini.

"Saya tak boleh nak jawab, saya okey sahaja dengan mereka.

"Rindu untuk bersama-sama. Lagi seronok kalau mereka sertai acara pickleball saya ini.

"Kali terakhir berjumpa macam saya kata dulu iaitu pada tahun lepas masa filem Duyung," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai acara yang dianjurkannya, Celebrity Showdown, Sharif memberitahu dia tidak menjemput Syaiful dan Atu secara peribadi untuk menyertai kejohanan pickleball selebriti berkenaan.

Menurut Sharif, jemputan sudah diuar-uarkan kepada semua selebriti yang berminat dan dia tidak menghubungi mana-mana individu secara khusus, termasuk rakan-rakan artis lain.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi