suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadia Brian diganggu sampai trauma... “Saya tak nampak apa-apa, tapi badan rasa meremang”

PELAKON Nadia Brian memberitahu dia pernah berdepan pengalaman menakutkan apabila diganggu ketika berada di set penggambaran sebuah telefilem.

Berkongsi perkara itu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata kejadian itu membuatkan dirinya berasa terlalu takut dan trauma sehingga tidak mampu pulang seorang diri.

Menurut Nadia, itu bukanlah kali pertama dia berdepan gangguan itu, sebaliknya pernah mengalami kejadian sama ketika menjalani penggambaran pada tahun 2021.

“Dulu saya pernah kena gangguan selepas di set penggambaran pada tahun 2021 tapi sekarang kena lagi cuma tidak mahu war-warkan kerana malu nanti risau orang akan fikir apa pula.

“Saya tidak nampak hantu atau kelibat tapi rasa meremang malah tidak sedar apa yang berlaku dan kadang-kadang jadi malu dan down sangat, kemudian saya rasa sampai tidak mahu teruskan.

“Sehinggakan saya nak balik terpaksa hubungi kawan untuk datang ambil sebab tidak boleh balik sendiri kerana terlalu takut dan trauma pada ketika itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi