suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu Kelantan mula ‘mendunia’, Den Manjo syukur dapat satukan rakyat Malaysia

PENYANYI Den Manjo teruja melihat semakin ramai penyanyi lelaki dan wanita memilih untuk mengetengahkan lagu dialek Kelantan.

Den atau nama sebenarnya Mohamad Hafizzudin Md Yusof, 30, berkata perkembangan itu membuktikan lagu dan budaya Kelantan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

“Kalau kita lihat sekarang ni ramai sama ada lelaki atau perempuan yang mencuba menyanyi lagu dialek Kelantan dan saya rasa lagu Kelantan ini mungkin akan jadi lagu komersial di Malaysia selepas ini.

“Dulu mungkin orang tidak suka sangat dengan budaya, bahasa dan lagu Kelantan sebab ramai yang tidak tahu mengenai Kelantan tapi selepas tular di media sosial seperti lagu saya tu, kawan saya pun jadi minat dengan Kelantan.

“Saya rasa amat gembira dan teruja apabila lagu saya ini dapat menyatu padukan semua orang bukan saja rakyat Kelantan tetapi di Malaysia,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi