suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalaluddin Hassan puji Ramli MS setinggi langit, cemburu bakat muzik sahabat baik... “Dia sensitif dan profesional”

PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan menyifatkan maestro muzik, Datuk Ramli MS berjiwa sensitif namun sangat profesional dan teliti dalam menjalankan tugas.

Menurut Jalaluddin, 72, sifat tersebut lebih terserlah apabila Ramli berbicara mengenai muzik kerana dia begitu menitikberatkan setiap aspek dalam menghasilkan sesuatu karya.

Malah, Jalaluddin secara berseloroh mengakui ada kalanya berasa cemburu melihat kebolehan Ramli dalam bidang muzik, namun menganggap kelebihan yang dimiliki maestro berkenaan sebagai anugerah daripada Allah SWT.

"Dia seorang yang sensitif dan sangat profesional. Kalau bercakap mengenai muzik, dia sangat teliti.

"Saya rasa ini anugerah Allah. Kadang-kadang saya cemburu dengan dia. Kalaulah saya pandai bermain alat muzik," katanya kepada mStar.

Jalaluddin berkata, kebolehan Ramli dalam menyusun muzik juga bukan sesuatu yang boleh dipertikaikan kerana bakatnya turut diakui oleh komposer terkenal, Fauzi Marzuki.

Malah, kehebatan Ramli dalam bidang susunan muzik turut membuatkan dia meletakkan maestro itu pada kedudukan yang tinggi, termasuk berbanding Datuk M. Nasir.

"Kebolehan Ramli pun diakui oleh komposer Fauzi Marzuki. Malah, M. Nasir pun tidak sebaik Ramli dalam susunan muzik," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi