suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

El Riss jadi sasaran kecaman selepas muncul duet dengan Eda Ezrin, 90 peratus komen orang Kelantan tak puas hati

PENYANYI El Riss sedar namanya menjadi perhatian dan menerima kecaman netizen selepas dibandingkan dengan rakan industri, Den Manjo, susulan penghasilan single terbaharunya bersama Eda Ezrin berjudul Jange Curey Adek Saye.

El Riss atau nama sebenarnya Adam Haris Abdul Razak, 21, berkata dia memahami sekiranya ada peminat yang masih belum dapat menerima gandingan baharunya bersama Eda.

Menurutnya, peminat mungkin sudah terbiasa melihat Eda bergandingan dengan Den Manjo sebelum ini sehingga kemunculannya bersama penyanyi baharu seperti dirinya menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya tahu Den Manjo punya peminat sangat ramai sebab dia memang popular bersama Eda. Bila tiba-tiba Eda menyanyi dengan saya, orang baharu, mungkin orang masih belum boleh terima lagi.

“Mungkin belum biasa sebab selalunya Eda keluar lagu bersama Den Manjo, tetapi kali ini dengan saya,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai komen netizen terhadap gandingan tersebut, El Riss mengakui dia ada membaca reaksi yang ditinggalkan dan menyedari majoritinya peminat dari Kelantan.

Bagaimanapun, dia tidak mengambil perkara itu terlalu serius dan menganggap mungkin peminat memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan gandingan baharu berkenaan.

“Saya tengok juga komen, 90 peratus orang Kelantan, selebihnya negeri lain tak puas hati. Saya tak tahu nak terasa ke macam mana.

“Mungkin orang Kelantan belum dapat terima gandingan saya dengan Eda lagi. Insya-Allah, mungkin pada masa akan datang mereka boleh terima,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi