suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Siapa cakap saya tak ada duit?” - Fazley sangkal dekati Vida kerana harta, jadikan tohmahan satu cabaran

HUBUNGAN Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida kembali menjadi perhatian selepas timbul dakwaan cef selebriti itu tertarik dengan usahawan berkenaan kerana faktor harta.

Menafikan dakwaan itu, Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menegaskan dia tidak perlu mengejar kekayaan sesiapa kerana hidupnya dan keluarga sudah serba mencukupi. 

“Siapa cakap saya tak ada duit? Kalau orang tengok latar belakang keluarga saya Alhamdulillah semuanya cukup kewangannya. 

“Jadi penyatuan keluarga ini adalah penyatuan dua empayar bisnes, insya-Allah doakan baik-baik saja,” katanya kepada mStar. 

Fazley (kanan) menafikan mahu menumpang kekayaan Vida.

Fazley berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Fazley mengakui pada awalnya dia bimbang kemesraan bersama Vida akan menerima reaksi negatif daripada rakan artis orang sekeliling.

Namun, kebimbangan tersebut ternyata tidak berlaku apabila kebanyakan mereka memberikan sokongan serta mendoakan hubungan berkenaan.

“Saya sebenarnya was-was dengan rakan-rakan artis, kawan-kawan dan pelajar saya yang eakan berkata negatif. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob lebih hati-hati kongsi kandungan dengan Vida, mohon maaf paparan kurang sesuai

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan ‘content’ atau gimik tapi hubungan dari hati” - Fazley Yaakob dah dapat restu ibu, tunggu masa umum nikah Vida

“Namun 99 peratus memuji, mengalakkan dan mendoakan. Sampaikan mereka berharap kami tidak putus hubungan. 

“Tiga hari kami tak buat siaran langsung di TikTok ramai yang DM tanya kami bergaduh ke. Mereka mahu saya jagakan DSV. Saya yang risau kalau tak dapat jaga dia dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, Vida pula berkata dia kini lebih mengecilkan lingkungan sosial dan hanya bertemu dengan individu tertentu buat sementara waktu.

“Saya mengecilkan circle dan hanya jumpa orang-orang yang tertentu saja. 

Kalau orang tengok latar belakang keluarga saya Alhamdulillah semuanya cukup kewangannya. 

DATUK FAZLEY 

PENYANYI

“Saya bukan tak mahu berjumpa dengan yang lain tetapi Alhamdulillah dijauhkan untuk seketika ini,” jelasnya.

Malah, Vida turut menyedari ada pihak yang mendakwa Fazley mendekatinya kerana mahu mendapatkan hartanya.

Pun begitu, dia enggan mengulas panjang mengenai tuduhan itu kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada mereka.

“Saya tak mahu ulas perkara ini dengan lebih lanjut, nanti bagi promosi percuma saja. 

“Antara kata-kata mereka alah dia (Fazley) nak saya pun sebab nak harta. Macam itulah. 

Hubungan cinta Vida (kiri) dan Fazley semakin mendapat perhatian ramai.

“Saya jadikan perkara itu sebagai cabaran untuk menunjukkan tohmahan itu tidak benar, namun sebaliknya Fazley yang perlu beri harta pada saya,” ujarnya. 

Sebelum ini, Fazley tidak berselindung mengakui kemesraan hubungannya dengan Vida atau Hasmiza Othman, 55, malah menjelaskan keintiman mereka bukan sekadar gimik sebaliknya hubungan yang berputik daripada hati yang ikhlas. 

Pasangan itu mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing, Cik B dan Fariedz menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2). 

Bagaimanapun, hubungan mereka turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk dakwaan Fazley hanya mahukan kemewahan yang dimiliki Vida.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain