PENYAMPAI radio dan pelakon Azad Jazmin terbuka jika anaknya iaitu Ammara Sofea Rose memilih untuk serius dalam bidang nyanyian.Meletakkan syarat pelajaran tetap keutamaan, Azad atau Azad Jazmin John Louis Jefri, 50, berkata dia sendiri akan memantau perkembangan akademik anaknya itu. Malah, dia tidak teragak-agak untuk menghentikan karier nyanyian Ammara, 13, sekiranya prestasi persekolahan remaja itu terjejas disebabkan nyanyian.Azad (kanan) memberi kebebasan untuk Ammara selagi tidak mengabaikan akademik."Alhamdulillah saya tak pernah rasa risau. Saya cakap dengan Ammara, kalau saya nampak kekurangannya daripada segi akademik atau sekolah, saya akan umumkan persaraannya dalam usia muda. "Kalau tengok setiap pagi memang dia akan ke sekolah. Dia tahu bapa dia mengamuk macam mana kalau tak pergi sekolah. "Kalau saya dapat tahu semalam dia ada show dan hari ini dia malas ke sekolah, saya akan umumkan persaraannya dalam dunia nyanyian. Saya tak kisah walaupun dia baharu saja nak memulakan karier," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jazmin anggap kecaman ada hikmah, bakat Ammara dapat perhatian di IndonesiaARTIKEL BERKAITAN: Eira Syazira ambil berkat doa Hari Arafah, mohon kecaman terhadap anak diganti kejayaan luar biasaMenurut Azad, dia dan isteri yang juga pelakon, Eira Syazira memastikan segala aktiviti berkaitan karier seni Ammara tidak mengganggu waktu persekolahannya.Kata Azad, jadual promosi lagu dan aktiviti seni anaknya hanya dilakukan selepas tamat waktu persekolahan, manakala kelas menari pula diadakan pada sebelah petang."Itu yang saya utamakan dahulu, disebabkan segala promosi lagu untuk Ammara ini kami akan lakukan selepas dia habis waktu sekolah. Ammara kini giat mempromosikan single baharunya, Slay."Malah kelas menari pun pukul 6 petang, tuisyen di rumah. Saya pastikan dia punya akademik jalan dulu (utamakan). "Ia bukan satu laluan mudah buat Ammara. Bukan kerana bapanya penyampai radio dan ibunya selebriti, tidak menjadi satu kelebihan. Dia tetap kena lalui masa persekolahan dengan betul," ujarnya. Untuk rekod, Ammara merupakan peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) dan kini melancarkan single baharu berjudul Slay, ciptaan penyanyi dan komposer, Mimifly.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube