VOKALIS kumpulan Midnight Fusic, Arif Kamarudin terkilan apabila persembahan mereka bagi Konsert Soundstage yang sepatutnya dijadualkan pada 16 Ogos lalu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir.Arif berkata perasaan kesal itu timbul apabila tempat yang dijadualkan menjadi lokasi persembahan iaitu Unifi Arena, Bukit Jalil merupakan pentas impian yang sudah lama mereka idamkan. "Kami rasa macam sayanglah sebenarnya. Sebab tempat tersebut memang kami sudah lama nak buat persembahan sebenarnya. Tapi tidak mengapa la, benda kita tidak boleh jangka. Midnight Fusic teruja untuk membuat konsert di Unifi Arena. "Saya nak cakap kenapa dia tunda pun saya tak tahu. Jadi mungkin tak ada rezeki untuk main (buat persembahan) pada tarikh itu, tapi inilah hakikat yang berlaku dalam industri. Kami diberitahu ia mungkin akan tunda kepada Oktober atau November depan,” katanya ketika ditemui di sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026 di Odeon, Kuala Lumpur pada Rabu.Mengulas mengenai kebimbangan terhadap jualan tiket bagi konsert 2 Generasi yang bakal berlangsung pada 17 Oktober depan susulan penundaan konsert sebelum ini, Arif berkata dia tidak terlalu risau kerana mempunyai keyakinan tinggi terhadap sokongan daripada peminat kumpulannya. Malah, gabungan bersama Kumpulan Fugo membuatkan Arif lebih yakin jualan tiket akan berlangsung dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Romantic Echoes tampil konsert solo pertama di Zepp KL, bakal bawa 18 lagu hitARTIKEL BERKAITAN: Bekas gitaris The Times maut dilanggar lari, Naza terkilan tak sempat tunai hajat... “Dia tanya album baharu dan t-shirt, saya lupa nak kirim“"Saya lebih yakin bahawa kami boleh jual tiket sebab saya tahu peminat kami sangat beri sokongan terhadap kumpulan kami, begitu juga peminat Fugo. Mana-mana persembahan pun diorang akan turun padang."Ini adalah malam untuk dua kumpulan ini (Fugo dan Midnight Fusic). Ini juga ialah 'one off'. Jadinya, ia sangat ekslusif untuk satu malam itu sahaja," ujarnya. Ditanya kedudukan Midnight Fusic yang sudah mencecah usia lebih 10 tahun dalam industri seni, Arif berkata mereka lebih selesa berada pada tahap sekarang. Midnight Fusic bakal bersama Fugo untuk konsert akan datang. Jelasnya, matlamat utama penubuhan kumpulan itu bukanlah untuk mengejar populariti sebaliknya lebih berfokus kepada penghasilan karya jujur yang mampu menyentuh hati pendengar."Saya rasa kita stabil antara indie dan juga mainstream. Tapi nak katakan impian nak jadi mainstream itu tak ada."Kami tidak berkarya semata-mata untuk itu. Kami buat muzik kerana mahu sampaikan mesej melalui lagu. Itu sahaja," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube