suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersentuh hati tengok layanan Azhan Rani terhadap ibu, peminat doa jumpa jodoh baik

Netizen mendoakan agar Azhan (dua dari kanan) diberikan jodoh yang baik.

PELAKON Azhan Rani memaparkan sisi berbeza daripada watak Jamali yang dibawakannya dalam drama Bulan Henti Bicara apabila gelagatnya menyantuni ibu sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads, Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, dilihat meluangkan masa bersama ibunya iaitu Salmah Budin termasuk menyuapkan wanita itu makanan serta melayan dengan penuh kasih sayang.

Perkongsian tersebut turut menyentuh hati netizen yang menyifatkan Azhan sebagai seorang anak yang baik dan penyayang.

Sikap Azhan (kiri) melayani ibunya meraih pujian ramai.

Sikap Azhan (kiri) melayani ibunya meraih pujian ramai.

"Di sebalik watak Jamali, inilah Azhan Rani.

"Lelaki kiriman Tuhan," tulis pemilik akaun tersebut.

Malah, ada yang berpendapat sikap penyayang yang ditunjukkan Azhan terhadap ibunya menjadi antara sebab dia layak dikurniakan jodoh yang baik pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tak sangka ‘Jamali’ jadi fenomena di media sosial, rezeki mencurah-curah ramai tawar 'review' produk

ARTIKEL BERKAITAN: “Otak saya berfikir tentang Kilau, tak tenteram nak kerja“ - Azhan Rani resah akibat kehilangan kucing

"Dia memang anak yang baik sebab itu dia tak kahwin-kahwin, dia pilih nak jaga mak dia sepenuhnya. 

"Dia bawa mak dia ke mana saja dia makan. Semoga Allah balas kebaikan. Inilah lelaki jatuh dari langit, jarang nampak. 

"Jauh betul watak dia dalam televisyen dan realiti. Semoga dia dimurahkan rezeki selalu dan dipertemukan jodoh yang baik satu hari nanti," tulis netizen. 

Watak Jamali yang dibawa oleh Azhan (kanan) menarik perhatian penonton.

Watak Jamali yang dibawa oleh Azhan (kanan) menarik perhatian penonton.

Untuk rekod, Azhan membawa watak Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara yang digambarkan sebagai seorang lelaki kelihatan warak, berpegang kepada agama dan berkemampuan daripada segi kewangan di mata bapa Zulfa (lakonan Ezzanie).

Namun di sebalik penampilannya itu, Jamali sebenarnya menggunakan sentimen agama sebagai alat untuk mengawal, menghukum serta melakukan penderaan emosi terhadap isterinya, Zulfa.

Selain Azhan, Bulan Henti Bicara turut dibintangi barisan pelakon termasuk Ezzanie Jasny, Ali Reza dan Azar Azmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain