suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai puji dah hebat... Ummi Nazeera tetap hadir kelas lakonan, tak berhenti belajar

Ummi sentiasa memasuki kelas untuk pertingkat mutu lakonan.

PELAKON Ummi Nazeera menjelaskan dia tidak akan berhenti menghadiri kelas lakonan biarpun sudah bertapak lama dalam industri seni tempatan.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 36, berkata, ini kerana setiap karya dan juga karakter yang dimainkan mempunyai latar belakang dan pemahaman emosi berbeza.

"Setiap karya dan pemahaman untuk sesuatu karakter itu berbeza. Cara menangis dan apa yang dirasakan untuk karakter itu tidak sama.

Ummi berkongsi perkatra itu ketika ditemui media. 

"Air mata bukannya dikeluarkan hanya kerana mahu menangis, tetapi ia terkeluar mengikut apa yang kita rasa. Sebab itu pemahaman saya terhadap sesuatu karakter sangat penting dan saya hadir ke kelas lakonan kerana mahukan pandangan daripada orang luar.

"Insya-Allah saya tidak akan berhenti belajar," katanya kepada mStar ketika ditemui di sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Langit 2 Warna pada Rabu. 

Mengulas pandangan sesetengah pihak yang menganggap dirinya tidak lagi memerlukan kelas bimbingan, Ummi berpendapat setiap individu mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera imbau detik cemas ketika mendaki, diselamatkan sekumpulan pakcik Cina... “Sikap kemanusiaan itu sungguh indah”

ARTIKEL BERKAITAN: Drama penuh emosi, Ummi Nazeera tahu jaga batas tanpa bersentuhan

"Setiap orang ada cara berbeza. Kadang-kadang mungkin mereka belum berjumpa cikgu yang sesuai dengan pemahaman mereka. Macam saya, saya sudah jumpa dan saya memang suka belajar daripada pelbagai cikgu.

"Buat masa ini saya selesa dengan Kak Fatimah, tetapi kalau ada cikgu lain pun saya tidak ada masalah. Apabila kita suka dengan apa yang kita lakukan, kita mahu ada banyak kepelbagaian dalam lakonan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ummi mendedahkan naskhah baharu arahan Erma Fatima yang dibintangi itu memerlukan dirinya bermain dengan emosi kerana mengangkat hubungan kekeluargaan antara seorang bapa dan anak.

Ummi mahu memberikan yang terbaik dalam setiap nashkahnya. 

"Saya memang suka naskhah yang melibatkan hubungan ayah dan anak sebab ia sangat dekat dengan hati saya seperti filem Bisik Pada Langit.

"Untuk projek kali ini (Langit 2 Warna), saya banyak bermain emosi dengan watak ayah... baru cakap pasal perkara ini pun saya sudah rasa sedih," katanya.

Selain Ummi, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Reza Rahadian, Christine Hakim, Datin Seri Paduka Umie Aida dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain