suria

Drama penuh emosi, Ummi Nazeera tahu jaga batas tanpa bersentuhan

Ummi takut dengan watak sendiri.

SEBAGAI seorang wanita dengan imej berhijab, pelakon Ummi Nazeera cukup berhati-hati membawakan watak orang ketiga dalam drama Saat Aku Tahu yang pastinya penuh dengan adegan panas, 

Profesional ketika penggambaran, Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, memberitahu dia bersamaa rakan gandingannya, Hisyam Hamid tidak melakukan sebarang babak bersentuhan untuk menghidupkan jalan cerita berkenaan. 

"Nak bawa watak dalam sebuah naskah yang bertemakan curang bukan mudah kerana pastinya akan ada banyak isu sensitif.

Ummi tetap jaga batas walaupun menjiwa lakonan.

"Saya dan Hisyam tak ada bersentuhan langsung tetapi banyak kamera trick untuk beberapa babak ‘panas’ dalam drama ini, namun sebagai wanita bertudung saya tetap menjaga batas.

"Sejujurnya saya tidak pernah buat begitu, jadi saya harap peminat dan penonton dapat menerima dengan hati yang terbuka," katanya kepada mStar.

Ummi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Saat Aku Tahu yang berlangsung di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera imbau detik cemas ketika mendaki, diselamatkan sekumpulan pakcik Cina... “Sikap kemanusiaan itu sungguh indah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semak balik circle anda” - Nabila Razali terkilan dakwaan rakan pendaki tinggalkan Mustaqqeem di Gunung Liang

Drama ini juga antara yang mencabar buat Ummi kerana menuntut kekuatan dari segenap aspek termasuk konflik dalam watak. 

"Naskah ini antara yang sukar untuk saya lakukan kerana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental. Terutama fizikal, saya rasa sangat penat. Ada sedikit babak yang melibatkan aksi.

"Watak ini susah untuk dibawakan kerana terlalu banyak lapisan maksud dan boleh jadi baik atau jahat. Maira adalah watak yang tersakiti dan menyakiti, jujur memang penat untuk bermain dengan karakter seperti ini," luahnya.

Ummi bergandingan bersama Hisyam dan Anna.

Saat Aku Tahu merupakan drama psikologi romantik tentang kepercayaan, kekecewaan dan dendam dalam hubungan.

Drama ini menemui penonton bermula 6 November menerusi platform Viu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.

Selain Ummi, drama ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Anna Jobling, Luqman Hafidz, Datuk Eizlan Yusof dan Quinneyra Alyssha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain