suria

Pesanan isteri curi tumpuan, ada pula sindir Nubhan - “Buat apa nak meratapi lelaki pondan”

Dr Afifah tinggalkan pesanan buat ibu bapa.

PERKONGSIAN isteri kepada penyanyi Nubhan sekali lagi menjadi perhatian apabila mengingatkan setiap penulisan dan tindakan ibu bapa akan memberi kesan kepada anak-anak.

 Menurut Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, anak-anak akan meniru setiap tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

"Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak," katanya.

Hantaran Dr Afifah jadi perhatian.

Dr Afifah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads berserta foto dirinya bersama anak perempuan sedang membaca buku.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut turut mendapat perhatian seorang individu dipercayai adik kepada Dr Afifah iaitu Zaim Tawfek.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Zaim seakan memberi bayangan masalah rumah tangga wanita itu tiada penyelesaian sekiranya pihak satu lagi lebih selesa melarikan diri dari masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan bawa anak jumpa pembantu rumah, komen isteri raih perhatian - “Bibik lebih layak?”

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan fail tuntutan hadanah, mahu selesai cara baik hak penjagaan anak

"Buat apa nak meratapi lelaki pondan, ada masalah lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik," luahnya.

Pada Rabu lalu, Nubhan, 39,  memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memaklumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr Afifah pada September lalu. 

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. 

Kemelut rumah tangga Nubhan dan isteri mengejutkan peminat.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Artikel Lain