suria

Nubhan bawa anak jumpa pembantu rumah, komen isteri raih perhatian - “Bibik lebih layak?”

Tindakan Nubhan (kiri) membawa anak-anak berjumpa pembantu rumah mengundang perhatian ramai.

TINDAKAN penyanyi Nubhan Ahamad membawa ketiga anak-anaknya bertemu dengan pembantu rumah mengundang perhatian ramai termasuk isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek. 

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instgram milik Nubhan, Dr. Afifah mempersoalkan tindakan suaminya itu seperti memberi gambaran anak-anak mereka lebih layak untuk bertemu dengan pembantu rumah. 

"Bibik lebih layak ke dari ibunya?," tulis Dr Afifah. 

Komen Dr. Afifah mendapat perhatian ramai.

Dalam hantaran dibuat, Nubhan memuat naik sebuah video memaparkan ketiga-tiga anaknya itu gembira dan berpelukan selepas bertemu dengan pembantu rumah mereka. 

Pun begitu, tindakan penyanyi lagu Kekasih Untukku ini mengundang pelbagai reaksi netizen dan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Dr. Afifah. 

"Nanti anak membesar dengan bibik. Bapanya (Nubhan) sibuk bekerja saja, baik bagi mak dia saja. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan fail tuntutan hadanah, mahu selesai cara baik hak penjagaan anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Amanah membesarkan anak tetap tanggungjawab bersama” – Isteri Nubhan kongsi luahan hak penjagaan tiga cahaya mata

"Gaduhlah macam mana dengan pasangan jangan pisahkan anak daripada ibunya. Ibu itu yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan selamanya ibulah yang sentiasa mendoakan anak-anak," tulis netizen. 

Pada Rabu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memaklumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr. Afifah pada September lalu. 

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. 

Rumah tangga Nubhan sekali lagi mencetuskan perbualan di media sosial.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain