SUAMI kepada penyanyi Indonesia, Raisa, akhirnya tampil bersuara berhubung dakwaan wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Menurut Hamish Daud, wanita yang dikaitkan dengannya, iaitu Sabrina Alatas, hanyalah kenalan lama dan mereka sudah saling mengenali sejak 10 tahun lalu.
“Tiada orang ketiga. Sabrina hanyalah kawan saya, bukan orang baru,” katanya memetik laporan Hot.Detik.

Hamish akhirnya jelaskan hubungan bersama Sabrina.
Jelas pelakon itu lagi, hubungan mereka bersifat profesional apabila Sabrina meminta pandangannya mengenai reka bentuk rumah.
Tambah Hamish, dia mempunyai pengalaman dalam bidang seni bina selama lebih 15 tahun dan hanya berkongsi pandangan berdasarkan kemahirannya dalam bidang tersebut.
Namun begitu, perkongsian di media sosial berhubung idea reka bentuk itu disalah tafsir oleh netizen hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Hamish turut meluahkan rasa kesal apabila nama Sabrina serta keluarganya terheret dalam isu yang mencemarkan reputasi mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Raisa didakwa curang di aplikasi Pinterest, simpan rekaan ‘future house’ dengan wanita muda
ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Raisa failkan cerai secara dalam talian
“Saya sudah memohon maaf kepada keluarganya kerana mereka tidak sepatutnya menjadi mangsa perhatian negatif,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila Hamish didakwa mempunyai perancangan hidup bersama Sabrina selepas peminat menemui akaun Pinterest menggunakan namanya, selain memiliki fail bertajuk Future House.
Pada Oktober lalu, pasangan selebriti itu mengumumkan mahu berpisah secara baik selepas spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat di media sosial.
Untuk rekod, Raisa dan Hamish Daud Wyllie mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


