suria

Suami Raisa didakwa curang di aplikasi Pinterest, simpan rekaan ‘future house’ dengan wanita muda

Hamish dipercayai memadam foto berkenaan selepas tular.

SUAMI kepada penyanyi Indonesia, Raisa iaitu Hamish Daud menjadi bualan hangat di media sosial selepas timbul dakwaan dia berlaku curang terhadap isterinya.

Spekulasi itu tercetus apabila netizen mendakwa menemui bukti hubungan sulit tersebut dalam sebuah platform perkongsian gambar dan video estetik, Pinterest. 

Menerusi hantaran seorang pengguna media sosial, Hamish dikatakan mempunyai akaun Pinterest menggunakan nama HDW dan didakwa memiliki satu folder bertajuk ‘Future House’.

Antara perkongsian di Pinterest milik Hamish.

Lebih mencuri perhatian, folder berkenaan dikatakan turut dikongsi bersama seorang wanita muda dikenali sebagai Sabrina Alatas.

Difahamkan, folder berkenaan memuat naik pelbagai gambar inspirasi reka bentuk rumah sekali gus menimbulkan spekulasi ia merupakan perancangan kediaman masa depan antara Hamish dan wanita tersebut.

Bagaimanapun, semua gambar dalam folder itu dilaporkan sudah dipadam sebaik sahaja isu berkenaan mula tular di media sosial.

Setakat ini, Hamish mahupun Raisa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami memilih untuk menempuh jalan masing-masing” - Raisa dedah bercerai dengan Hamish Daud

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Raisa failkan cerai secara dalam talian

Sebelum ini, pasangan berkenaan mengumumkan sudah membuat keputusan untuk berpisah secara baik selepas spekulasi mengenai rumah tangganya menjadi bualan hangat.

Malah pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia mengesahkan Raisa memfailkan permohonan cerai secara atas talian.

Pasangan berkenaan dikatakan tidak hadir pada perbicaraan perceraian pertama pada Isnin, namun hanya dihadiri peguam Raisa.

Untuk rekod, Raisa dan Hamish Daud Wyllie telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain