suria

Taecyeon bakal tamatkan zaman bujang, majlis intim di Seoul tahun depan

Taecyeon bakal berkahwin tahun depan.

PENYANYI dan pelakon Ok Taecyeon mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Berita gembira itu turut dimaklumkan agensi Taecyeon iaitu 51K pada 1 November lalu

Menurut agensi itu, majlis perkahwinan akan diadakan di Seoul pada musim bunga tahun hadapan, namun lokasi dan tarikh masih dirahsiakan. 

Taecyeon dan teman wanitanya bakal berkahwin.

Difahamkan majlis tersebut akan berlangsung secara intim dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Dalam masa sama, Taecyeon turut berkongsi berita gembira itu di Instagram melalui sepucuk surat tulisan tangan khas untuk peminatnya, sambil mengenang kembali perjalanan kariernya dalam dunia hiburan.

Pelakon dan idola K-Pop itu juga mengimbas kembali pengalamannya bersama kumpulan 2PM, dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. 

ARTIKEL BERKAITAN:Disangka melamar, rupanya Taecyeon hanya sambut ulang tahun kekasih di Paris

ARTIKEL BERKAITAN: Usia dah 35 tahun, Taecyeon (2PM) lebih suka ibu bapa uruskan kewangan

Menurut Taecyeon, kejayaannya sejak debut pada usia 19 tahun tidak mungkin tercapai tanpa sokongan mereka.

Malah Taecyeon menegaskan dia akan terus aktif sebagai ahli 2PM serta dalam bidang lakonan. 

Surat itu diakhiri dengan pesanan manis kepada peminat agar menjaga kesihatan ketika cuaca sejuk mula melanda.

Taecyeon berkongsi surat tulisan tangan khas untuk peminatnya di Instagram.

Agensi 51K mula mengesahkan hubungan percintaan Taecyeon pada 2020, namun menegaskan bahawa mereka tidak akan mendedahkan sebarang maklumat peribadi tentang teman wanitanya kerana wanita itu bukan selebriti.

Spekulasi mengenai pertunangan mula timbul apabila gambar Taecyeon sedang berlutut di hadapan teman wanitanya di Paris tersebar di media sosial. 

Gambar tersebut kemudiannya dipadam dan pihak 51K menafikan ia adalah lamaran, sebaliknya hanya momen sambutan hari jadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain