suria

Mahu lebih terkenal, Sakamoto Maria tinggalkan nyanyian... kini bintang filem lucah

Sakamoto tekad teruskan kerjaya pilihannya.

PENYANYI Jepun Sakamoto Maria yang pernah mencipta nama dalam kumpulan Flap Girls School  membuat keputusan mengejutkan apabila menukar kerjayanya menjadi pelakon filem dewasa.

Sakamoto, 22, kini menggunakan nama pentas baharu iaitu Aizawa Miyu sejak memulakan langkah dalam industri tersebut pada penghujung 2023.

Difahamkan dia bergelar penyanyi sejak usianya 12 tahun dan bergerak solo selepas kumpulannya dibubarkan lima tahun kemudian.

Sakamoto bergelar penyanyi sejak berusia 12 tahun.

Tidak berpuas hati dengan kerjaya seninya yang bergerak perlahan, Sakamoto dikatakan membuat keputusan tersebut. 

Langkah beraninya itu nyata membuahkan hasil apabila debutnya mendapat sambutan luar biasa, sekali gus melonjakkan namanya dalam industri tersebut.

Namun ketika namanya menjadi sebutan, bapanya meminta agar Sakamoto berhenti dan meninggalkan kerjaya tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B tak cuci rambut selama tiga bulan, mungkin ada terselit telur lipas

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dakwa isteri curang, hubungan dingin selepas bercuti dengan penyanyi popular

Dia bagaimanapun mengakui kerjaya pilihannya itu mendapat restu daripada ibunya.

“Saya tahu ayah tidak memahami keputusan saya, tetapi ini pilihan yang saya pilih. Saya tidak akan berhenti,” katanya memetik KoreaBoo.

Tambahnya, dia mengaku sangat berpuas hati dengan kehidupan dan perkembangan kerjayanya ketika ini. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain