AHLI kumpulan Super Junior, Kim Hee Chul mendedahkan dia kehilangan 9 sentimeter (cm) daripada ketinggian asal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2006.
Menurut Hee Chul, insiden tersebut hampir meragut nyawanya apabila dia mengalami kecederaan serius pada tulang paha dan pinggul sehingga memerlukan pembedahan besar yang melibatkan tujuh pin logam.
“Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang daripada salah satu persembahan Super Junior. Doktor pernah beritahu saya mungkin tidak akan dapat berjalan lagi,” katanya.

Hee Chul tampil membuat pendedahan berani.
Hee Chul berkongsi pengalaman itu ketika muncul sebagai tetamu dalam program 20th Century Hit Song.
Disebabkan kemalangan itu, ketinggian Hee Chul menurun daripada 185 cm kepada 176 cm.
Malah, dia turut dikecualikan daripada latihan ketenteraan kerana kecederaan yang dialaminya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Heechul (Super Junior) nak kahwin umur 40 tahun, tak selesa tidur ada peneman
ARTIKEL BERKAITAN: Agensi beri penjelasan status Kim Heechul dalam Super Junior
Tambahnya, kesan daripada kemalangan tersebut menyebabkan dia diklasifikasikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal tahap empat di bawah sistem penilaian perubatan Korea Selatan.
“Ketika saya pergi untuk mendapatkan sijil kecacatan, saya berasa sangat keliru dan malu sehingga saya ingin segera keluar dari premis tersebut dan pulang ke rumah,” luahnya.
Walau bagaimanapun, Hee Chul kini kembali aktif dalam dunia hiburan setelah berjaya memulihkan keyakinannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


