suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi beri penjelasan status Kim Heechul dalam Super Junior

Kim Heechul masih ahli kumpulan Super Junior. Foto: soompi.

AGENSI Kim Heechul membuat kenyataan mengenai status Kim Heechul dalam kumpulan Super Junior.

Dipetik melalui soompi, sumber daripada agensi Super Junior mendedahkan bahawa Kim Heechul masih menjadi ahli kumpulan Super Junior pada Selasa.

"Kim Heechul masih ahli kumpulan Super Junior. Walaupun dia tidak boleh membuat persembahan di atas pentas, dia terlibat dalam pembuatan album dan kandungan yang lain," katanya.

Terdahulu sebuah video temuramah yang dijalankan tersebar yang menjadi punca salah faham peminat.

Video berkenaan dikatakan telah disunting sehingga kelihatan seolah-olah Kim Heechul mengumumkan telah meninggalkan Super Junior.

"Cara bahagian itu disunting menimbulkan salah faham," katanya lagi.

Bagaimanapun, Kim Heechul dalam penjelasannya mendedahkan alasannya tidak boleh mengambil bahagian dalam promosi bersama kumpulannya itu dalam program 7.7 Billion in Love pada Isnin.

"Oleh sebab kesan dari kemalangan kereta lalu, keadaan kaki saya semakin memburuk.

"Jadi saya memberitahu ahli yang lain bahawa saya tidak boleh mengambil bahagian dalam promosi bersama kumpulan lebih lama lagi,"

Kim Heechul, Super Junior

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia