suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19 makin serius, Krisdayanti bercuti ke Eropah - “Tidak takut virus? Nanti tolong ada kesedaran diri kuarantin 14 hari”

Krisdayanti dan keluarga bercuti ke Eropah.

KETIKA dunia berhadapan kebimbangan dengan penularan wabak Covid-19, penyanyi terkenal Indonesia dan keluarga memilih untuk bercuti ke Eropah.

Menurut laporan liputan6, Krisdayanti memuat naik beberapa keping gambar di Instagram di beberapa lokasi menarik.

"Semoga kami diberi kesihatan dan keselamatan yang baik sepanjang perjalanan ini," katanya.

Perkongsian Krisdayanti atau lebih mesra dipanggil KD mengundang pelbagai komen netizen.

Antara foto yang dikongsikan Krisdayanti di Instagram.

Ada yang turut mendoakan namun tak kurang juga mempersoalkan perbuatan berkenaan kerana dianggap membahayakan.

"Kak Krisdayanti dan keluarga, pulang daripada bercuti nanti tolong ada kesedaran diri untuk tidak keluar rumah selama 14 hari sebelum membuat sebarang aktiviti, walaupun berasa sihat.

"Tidak takut virus ya KD? Orang lain sudah berasa takut untuk bercuti... semoga selalu sihat.

"Ketika rakyat sedang berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, anda berseronok... selamat bercuti kak," tulis beberapa netizen di Instagram.

Krisdayanti

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia