suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Idris Elba positif Covid-19 - “Saya tiada sebarang simptom tapi perlu dikuarantin”

Idris Elba didapati positiv COVID-19.

PELAKON Idris Elba memberitahu dia dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan CNN, berita mengejutkan itu dimaklumkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya pada pagi Selasa.

"Saya rasa okay. Saya tidak ada simptom tetapi perlu diasingkan selepas mendapati ada kemungkinan saya terdedah kepada virus berkenaan.

"Untuk semua, duduk sahaja di rumah dan bertenang," tulisnya.

Dalam rakaman tersebut, Idris muncul bersama isteri, Sabrina Dhowre dan memberitahu bahawa isterinya berada dalam keadaan baik.

Idris turut berjanji akan berkongsi dan memaklumkan perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa.

"Setakat ini, kami rasa okay. Tetap positif dan jangan kecewa," katanya.

Idris Elba

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia