suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande kecewa segelintir masyarakat tak ambil serius Covid-19

Ariana menyatakan perasaan berang di laman Twitter peribadinya.

PENYANYI Ariana Grande berang apabila segelintir masyarakat di sekitarnya tidak mengambil secara serius isu Covid-19 yang sedang menular.

Menurut laporan hollywoodlife, Ariana dikatakan sangat terkejut apabila orang ramai tidak peduli mengenai perkara itu.

"Saya mendengar keluhan-keluhan orang ramai yang menganggap masalah ini bukan satu isu besar,"'

"Mereka tidak mengambil berat tentang bahaya yang datang, ini mengejutkan saya," tulisnya.

Ariana, 27, memuat naik sekeping gambar di laman Twitter peribadinya menyatakan perasaan marahnya terhadap segelintir masyarakat.

"Ia sangat berbahaya dan mementingkan diri apabila beranggapan situasi ini sebagai ringan.

"Mindset seperti 'kita akan baik-baik saja kerana kita masih muda' meletakkan orang yang tidak muda dan atau sihat dalam keadaan bahaya" katanya.

Ariana Grande

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia