suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kucing mendiang Sulli kini dijaga oleh rakannya aktres Kim Sun-ah

Mendiang Sulli bersama dengan kucing Goblinnya. Foto: Instagram/jelly_jilli.

SEEKOR kucing peliharaan mendiang penyanyi dan pelakon Sulli yang diberi nama Goblin kini di bawah jagaan sahabatnya aktres Kim Sun-ah.

Menurut laporan Soompi pelakon Kim Sun-ah, 25, memuat naik sekeping gambar kucing di Instagram peribadinya pada Jumaat.

Kim Sun-ah berkawan rapat dengan Sulli selepas mereka berlakon bersama dalam filem Real pada tahun 2017.

"Saya tidak tahu bagaimana mahu bercakap mengenai hal ini, saya tidak punya percaya diri untuk menjaga Goblin.

"Sudah sekian lama saya membawa kucing ini ke rumah, dia sangat disukai dan comel hanya untuk saya lihat, jadi marilah kita semua melihatnya. Saya sayang awak, Goblin," katanya.

Sulli meninggal dunia pada Oktober kerana dipercayai akibat bunuh diri pada 14 Oktober tahun lalu. 

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri telah menjadi sasaran pembuli siber dan pernah berkongsi tentang perjuangan mentalnya. Kucing Goblinnya kerap muncul di Instagram story dan postnya.

Sebelum ini, Goblin dijaga oleh ahli kumpulan Super Juior, Heechul selepas kematian Sulli. 

Sulli, Kim Sun-ah, Goblin

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia