suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alami kemurungan selepas bercerai, berat badan Hayley Williams turun 40 kilogram

Hayley mengalami kemurungan selepas berpisah dengan Chad Gilbert pada 2017.

VOKALIS kumpulan Paramore Hayley Williams mendedahkan dia hilang selera makan selepas bercerai dengan pemain gitar kumpulan New Found Glory iaitu Chad Gilbert.

Menurut laporan Hollywoodlife, disebabkan itu Hayley mengalami penurunan berat badan yang mendadak sehingga lebih 40 kilogram.

Malah, Hayley memberitahu dia mempunyai masalah ketagihan alkohol semenjak perpisahan itu berlaku.

Bagaimanapun, Hayley kembali bangkit daripada kemurungan itu selepas menyedari dia perlu berfikiran positif dan sentiasa bertenang.

"Salah satu kesedaran terbesar saya apabila menyedari kemurungan saya alami disebabkan kemarahan yang melampau," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada Februari 2016 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2008 dan mereka bercerai pada Julai 2017.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia