suria

Deepika Padukone pernah lalui hubungan cinta bermasalah

Deepika berkongsi kisah cintanya dahulu.

PELAKON Deepika Padukone mendedahkan pernah menjalani hubungan cinta bermasalah sehingga membiarkan dirinya disakiti kekasihnya.

Deepika berkata dia berasa menyesal kerana pernah memberi peluang kedua kepada bekas teman lelakinya biarpun beberapa kali terbukti berlaku curang.

"Mungkin sebab itu saya pernah disakiti sebelum ini. Saya terlalu bodoh kerana memberikan dia peluang kedua kerana termakan rayuannya.

Umum mengetahui mereka berpisah selepas Ranbir berlaku curang.

"Kemudian, dia kantoi berlaku curang sekali lagi. Pertama kali dia curang, saya ingatkan saya atau hubungan kami yang bermasalah.

"Tapi bila seseorang itu dah beberapa kali kantoi, anda tahu masalah itu berpunca daripada diri dia. Saya banyak berkorban dalam hubungan itu dan tidak minta balasan.

"Tapi ini yang terjadi. Rasa hormat hilang, kepercayaan hilang dan segala pengorbanan dalam hubungan dipermainkan," katanya ketika temu bual bersama Asianetnews baru-baru ini.

Deepika bersama suami tercinta, Ranveer Singh.

Biarpun Deepika tidak menyebut nama bekas kekasihnya namun umum mengetahui hubungan cintanya dengan pelakon Ranbir Kapoor berakhir disebabkan aktor itu curang dengan pelakon Katrina Kaif.

Deepika dan Ranbir pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun dan mereka berpisah pada 2009.

Kini, Deepika menjalani kehidupan lebih bahagia disamping suaminya yang juga pelakon Ranveer Singh.

Sumber - Geo.TV

Artikel Lain