suria

Katy Perry tolak lamaran peminat, akui sudah berpunya

Katy Perry dilamar peminat fanatik.

PENYANYI Katy Perry tidak menyangka konsert jelajah yang berlangsung di Prague baru-baru ini bertukar menjadi momen lucu apabila seorang peminat nekad melamarnya di hadapan ribuan penonton.

Insiden mencuit hati itu berlaku ketika Perry membuat persembahan di konsert Lifetimes Tour pada 30 Oktober lalu.

Menerusi video tular di media sosial, Perry dilihat membaca tulisan yang diangkat peminat sebelum menyedari seorang lelaki menunjukkan cincin kepadanya.

Katy Perry menolak lamaran peminat.

“Lelaki ini cuba melamar saya dan dia bawa cincin di tangannya,” katanya. 

Namun, Perry menolak lamaran itu secara bersahaja.

“Tidak! Saya sedang bercinta dengan seseorang,” selorohnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dah jumpa pengganti, dakwa jalin hubungan dengan bekas PM Kanada

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sembilan tahun berakhir, Katy Perry dan Orlando Bloom berpisah secara baik

Walaupun Perry tidak menyebut nama teman lelakinya, namun pendedahan itu menguatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Sebelum ini hubungan mereka hangat diperkatakan apabila Perry memuat naik foto mesra bersama Trudeau di Instagram bersempena ulang tahunnya yang ke-41.

Dalam perkembangan lain,  Perry kini meneruskan siri jelajah Eropah yang menjadi simbol kemunculan semula bintang pop itu di pentas dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain