suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lisa Blackpink teruja makan nasi goreng di Jakarta, siap pesan dua hari berturut-turut

Lisa sangat suka makan nasi goreng di Jakarta.

AHLI kumpulan Blackpink, Lisa mengaku teruja menikmati nasi goreng selama dua hari berturut-turut ketika berada di Jakarta, Indonesia. 

Lisa berkongsi pengalaman peribadinya itu di atas pentas Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) sempena konsert jelajah ‘DEADLINE World Tour’.

“Saya makan nasi goreng! Sedap sangat!

Selain Lisa, Rose juga menikmati nasi goreng di Jakarta.

“Saya makan malam tadi dan hari ini”, katanya.

Selain itu, Lisa turut meluahkan rasa gembira apabila dapat kembali ke Indonesia untuk melakukan persembahan buat para peminat Blackpink.

“Merupakan suatu kehormatan untuk kembali ke sini. Saya sangat gembira melihat anda semua di sini. 

ARTIKEL BERKAITAN:Lisa Blackpink trauma, dikejar peminat fanatik sampai ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji penampilan Lisa, semakin bergaya berbanding bersama Blackpink

"Terima kasih banyak telah datang dan menyokong kami,” ujarnya.

Bukan Lisa sahaja, Malah Rosé juga dilihat menikmati nasi goreng di belakang pentas ketika berehat dan menukar pakaian.

Ini membuktikan nasi goreng Indonesia antara makanan kegemaran ahli kumpulan Blackpink ketika berada di negara itu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain