suria

Tak sengaja kongsi resit, Kim Jun Young didakwa langgan penghibur wanita

Kim Jun Young pilih kunci mulut.

NAMA pelakon Kim Jun Young menjadi sebutan ramai apabila didakwa mengunjungi sebuah pusat hiburan haram. 

Perbuatan tersebut diketahui ramai selepas Jun Young secara tidak sengaja dikatakan berkongsi resit di media sosial sebelum memadamnya.

Menerusi resit berkenaan memaparkan nama wanita dan jumlah bayaran, sekali gus menimbulkan spekulasi kononnya pelakon itu mengunjungi pusat hiburan tidak berlesen.

Resit yang tular raih perhatian netizen.

Difahamkan harga yang tertera di dalam resit berkenaan bermula sekitar RM5,600 sehingga RM11,200 untuk tiga penghibur wanita berlainan.

Susulan itu, agensi pelakon berkenaan tampil mengeluarkan kenyataan dan menegaskan segala dakwaan tersebut adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketinggian 9cm, Kim Hee Chul alami cacat kekal akibat kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu lebih terkenal, Sakamoto Maria tinggalkan nyanyian... kini bintang filem lucah

Malah syarikat agensi itu menegaskan Jun Young tidak terlibat dengan sebarang aktiviti haram terutama di pusat hiburan tidak berlesen. 

Tambahnya, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya khabar angin tersebut masih berleluasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain