PENYANYI rap Sean Diddy Combs atau lebih mesra disapa P. Diddy kini menjalani kehidupan baharu di sebalik tirai besi apabila dia dilaporkan telah memulakan kerja pertamanya pencuci pakaian di penjara.
Menurut sumber terdekat TMZ, Diddy yang kini ditempatkan di Federal Correctional Institution (FCI) Fort Dix, New Jersey, telah diberikan tugasan di bahagian dobi penjara, di mana dia bertanggungjawab mencuci dan mengeringkan pakaian kotor.
Tugasan kerja tangan ini dilihat sebagai satu kejutan besar buat Diddy, memandangkan semasa perbicaraan, pendakwa raya persekutuan mendakwa penyanyi berkenaan tidak pernah melakukan kerja-kerja asas, termasuk mengecas telefon bimbit atau mengambil sebotol air sendiri.

Diddy dihukum penjara selama 50 bulan.
Buat masa ini, Diddy dilihat sibuk menyesuaikan diri dengan tugasan baharunya termasuk mengasingkan pakaian jenis 'permanent press' daripada 'delicates' (bahan pakaian mudah rosak) di ruang dobi penjara.
Walau bagaimanapun, ada yang berseloroh mengatakan, tidak banyak pakaian 'delicate' di penjara.
Difahamkan, Diddy telah dipindahkan ke FCI Fort Dix awal pagi Khamis lalu bagi memulakan proses pendaftaran di penjara berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy nyaris maut di penjara, banduan acu pisau pada leher
ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump dedah P. Diddy mohon pengampunan selepas dijatuhkan hukuman penjara… “Saya mungkin tolong sebab pernah rapat”
Penjara bersekuriti rendah itu dikatakan mempunyai keadaan lebih baik berbanding Metropolitan Detention Center (MDC) Brooklyn, tempat Diddy ditahan sejak September 2024 selepas ditangkap dan ditahan tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan kes jenayahnya.
Diddy kini sedang menjalani hukuman penjara selama 50 bulan, dan menurut Biro Penjara Amerika Syarikat dan dijangka dibebaskan pada 8 Mei 2028.
Pun begitu, peguamnya Marc Agnifilo menyatakan keyakinan bahawa Diddy akan dibebaskan lebih awal daripada tarikh tersebut.
Pada 3 Oktober lalu, Diddy dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun serta denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) atas kesalahan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negeri untuk tujuan pelacuran.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


