suria

Christina Perri fail cerai, tuntut hak penjagaan anak 

Christina Peri fail cerai terhadap suaminya.

SELEPAS tujuh tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Christina Perri memfailkan perceraian terhadap suaminya Paul Costabile.

Menurut dokumen, Christina, 39, dilapor menfailkan perceraian pada Isnin atas alasan tidak mempunyai persefahaman yang berpanjangan. 

Christina dan Costabile mempunyai dua cahaya mata. 

Penyanyi itu turut memohon hak penjagaan terhadap kedua-dua anak dan tidak menuntut pemberian nafkah daripada Costabile.

Kemelut rumah tangga Christina sebelum ini sudah mula dihidu dalam kalangan peminat yang melihat perbezaan dalam hubungan tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dapat ‘kerja’ baharu, sibuk cuci baju kotor dalam penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Taiwan ditemukan mati dalam bilik hotel, polis siasat Namewee

Ia susulan Christina mahupun Costabile sudah lama tidak kelihatan bersama di tempat awam atapun media sosial. 

Untuk info, pasangan itu berkahwin pada 12 Disember 2017 dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Carmella Stanley, 7, dan Pixie Rose, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain