PENYANYI Syada Amzah tidak lagi meletakkan perkahwinan sebagai keutamaan dalam hidupnya ketika ini.
Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 27, berkata, dia kini lebih selesa memberi fokus kepada ketenangan dan kesejahteraan diri daripada memikirkan soal jodoh.
"Dulu memang ada rasa bilalah giliran aku nak kahwin.

Perkongsian Syada di Threads miliknya.
"Tetapi sekarang, saya tidak kisah lagi, ada rezeki adalah kalau tak ada mungkin belum masa. Tiga empat tahun lagi atau lima tahun lagi pun tak mengapa.
"Saya sudah penat, saya mahu utamakan keamananan daripada nak memberi tekanan kepada diri sendiri," katanya.
Syada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah kongsi pengalaman mistik, nampak ‘benda’ betul-betul atas kepala… “Tempat itu memang berhantu”
ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah hanya jadi orang tengah, Elcah nafi kawan baik punca rumah tangga kacau bilau
Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini turut memberitahu fokusnya kini hanya untuk mencari rezeki bagi melunaskan komitmen yang ditanggung.
Meskipun berdepan tekanan dan keletihan, Syada tetap positif dan memilih untuk menikmati kehidupannya dengan cara yang sederhana tanpa terburu-buru mencari calon suami.
"Kerja keras setiap hari untuk bayar komitmen, sikit pun bukan untuk diri saya sendiri melainkan makanan.
"Saya bermain games untuk lepaskan tekanan dan itu saja yang mampu otak saya gunakan buat masa ini," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


