BIDUANITA negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) di Universiti Tekonologi Mara (UiTM).
Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, dalam ucapannya berkata dia terharu dengan pengormatan diberi dan bersedia untuk berkongsi segala ilmu yang dimiliki dalam perniagaan.
"Saya rasa begitu rendah diri kerana saya bukanlah ahli perniagaan yang masyhur. Alhamdulillah sebagai seorang selebriti yang bergiat seni dan perniagaan saya diberikan banyak kelebihan untuk menjadi usahawan berjaya.

Siti ketika menerima pelantikan daripada Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin (tengah) dan Profesor Ts Dr Shafinar Ismail.
"Saya amat terharu dengan penghormatan yang diberikan kerana ini bukan satu pengiktirafan dalam bidang seni dan keusahawanan tapi juga satu amanah besar yang akan saya kongsi pengalaman ilmu sepanjang berada dalam industri," katanya.
Tambah Siti, sepanjang bergelar usahawan dia mempelajari lebih rasa tanggungjawab, kepercayaan dan berani membuat keputusan sekali gus berharap ia dapat menjadi ilham kepada lebih ramai pelajar untuk bergelar usahawan berjaya.
"Terbukanya hati untuk menerima selepas menilai lebih kepada sumbangan anak bangsa. Saya harap dengan penglibatan saya ini dapat mengajak lebih ramai pelajaran UiTM untuk menjadi usahawan berjaya," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza puji komposer baharu, terbuka terima pandangan ketika rakaman
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tidak pilih kasih, teliti 50 karya untuk album tradisional
Sementara itu, pihak UiTM berkata pengiktirafan tersebut selepas Siti berjaya mencipta kejayaan gabungan antara kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam mengangkat jenama tempatan ke peringkat antarabangsa.
Katanya, Siti akan memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dan warga akademik melalui perkongsian pengalaman sebenar dunia keusahawan termasuk sesi masterclass.
Siti menerima watikah pelatikan dalm satu majlis yang berlangsung di UiTM kampus Shah Alam pada Khamis.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin dan Dekan FPP Profesor Ts Dr Shafinar Ismail.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


