suria

“Amanah membesarkan anak tetap tanggungjawab bersama” – Isteri Nubhan kongsi luahan hak penjagaan tiga cahaya mata

Nubhan sebelum ini memfailkan tuntutan hadanah.

ISTERI kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, berkongsi tentang hak penjagaan bersama terhadap anak-anak meskipun pasangan suami isteri sudah bercerai.

Seperti yang dianjurkan dalam agama Islam, baginya tanggungjawab dalam membesarkan anak juga tidak akan berakhir.

“Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah, iaitu kasih sayang dan tanggungjawab.

“Walaupun perkahwinan berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama.

Perkongsian Dr Fie di laman Threads. 

“Bersama-sama, anda mendidik mereka tentang kasih sayang, hormat, dan keimanan,” ujarnya.

Dr Afifah berkongsi perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Rabu.

Luahan itu juga dibuat selepas tular kisah Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka.

Dia dalam masa sama seakan meluahkan pengorbanan dan rasa cinta yang dicurahkan dalam membesarkan cahaya matanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan fail tuntutan hadanah, mahu selesai cara baik hak penjagaan anak 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan enggan ambil pusing lawak Nabil Ahmad, Sherry Alhadad… Fokus beri persembahan terbaik di GV12

“Saya membesarkan mereka dengan kasih setulusnya, menjadi pelindung dengan sabar, menitip doa saban waktu, demi masa depan yang indah.

“Setiap langkah, setiap keputusan, semua demi mereka,” luahnya.

Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Dr Fie bersama tiga orang anaknya. 

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain