suria

Azmir Saifuddin kekal sebagai CEO Finas, letak empat fokus utama

Azmir terus diberi kepercayaan meneraju Finas.

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.

Dalam satu kenyataan kepada media, Azmir turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui jawatan tersebut bagi penggal kedua.

Meneruskan komitmen terhadap tugas, Azmir menggariskan empat fokus utama dalam hala tuju bersama agensi terbabit.

Azmir rancang pelbagai strategi untuk kemajuan anak seni. 

Antaranya ialah pindaan Akta Finas 1981 (Akta 244) yang bertujuan memperkemas perundangan dan tadbir urus industri bagi melindungi kebajikan kru produksi, memodenkan perlesenan serta menyokong model pekerjaan kreatif kontemporari.

Beliau juga melaksanakan Dasar Perfileman Negara (DFN) 2025–2035 yang melibatkan pelan pembangunan dalam tempoh 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmir Saifuddin CEO baharu Finas 

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac kembali dilantik sebagai Pengerusi Finas

Sebanyak RM110 juta diperuntukkan sebagai insentif bagi menggalakkan penerbit tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.

Dalam masa sama, beliau turut memberi fokus kepada Dana Belia Kreatif Madani yang membawa harapan untuk melahirkan generasi pencipta kandungan berilmu, bertanggungjawab dan berjiwa patriotik, termasuk sokongan terhadap pembangunan bakat kampus serta belia komuniti di seluruh negara.

Untuk rekod, Azmir mula memegang jawatan sebagai CEO Finas pada 1 November 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan