PELAKON Shah Iskandar berkongsi khabar duka isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, perlu menjalani prosedur menggugur bayi dalam kandungan.
Menurut Shah, 43, ia dilakukan atas nasihat doktor susulan bayi tersebut mengalami sindrom Edwards.
“Ujian besar menimpa apabila doktor mengesan bayi kami disahkan menghidap sindrom Edwards.

Shah bersama Sarah dan dua orang anak mereka.
"Doktor menasihati supaya proses kelahiran diawalkan kerana jika ditunggu lebih lama, ia boleh membahayakan nyawa isteri saya,
“Dengan hati yang sangat berat dan atas nasihat pakar kandungan, saya dan Sarah akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan pengguguran ini. Kami tak sanggup melihat anak kecil kami menanggung penderitaan dalam tempoh yang singkat itu,” katanya.
Shah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Selasa.
Tambahnya kemungkinan bayi tersebut untuk bertahan hidup adalah tipis jika dilahirkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Shah Iskandar layak mohon taraf penduduk tetap tahun depan, lega tak perlu ulang-alik ke Singapura
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ikut nafsu orang muda, Shah Iskandar berhabis RM1 juta… mula matang selepas jadi bapa
“Kadar untuk bayi bertahan hanyalah sekitar 5 peratus dan kalau pun berlaku keajaiban, hayatnya dijangka hanya antara enam bulan hingga setahun. Ituupun bergantung kepada alat sokongan hayat bagi organ yang terjejas,” jelasnya.
Dalam hantaran sama, Shah turut berkongsi dia telah memilih nama untuk bayi perempuan itu.
Dia dalam masa sama memohon doa agar isterinya selamat menjalani prosedur berkenaan.

Perkongsian Shah di Instagram miliknya.
“Mohon doa semua agar Sarah selamat dan proses ini dipermudahkan. Semoga anak perempuan kami , Maryam Inara, bidadari syurga kami menanti kami di syurga nanti, imsya-Allah,” luahnya.
Untuk rekod, Shah dan Sarah mendirikan rumah tangga pada pada 16 Januari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Zulkarnaen, lima tahun, dan Noah Arjuna yang kini berusia lapan bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


