suria

Vida tenang hadapi ujian, anggap anak-anak harta dunia akhirat

Vida (dua dari kanan) menganggap anak-anak adalah kekayaan sebenar.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida terus menunjukkan sikap tenang berdepan isu harta miliknya yang dilelong pada 30 November lalu selepas berhutang lebih RM1 juta dengan syarikat Ah Design Communication. 

Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, Vida atau Hasmiza Othman, 54, menegaskan bahawa kebahagiaan sebenar baginya bukan diukur dengan harta benda sebaliknya melalui kasih saying dan kehadiran kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak. 

"Harta dunia akhirat ada Cik B dan Kacak," katanya. 

Vida bahagia bersama anak-anak.

Vida menulis perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa. 

Dalam perkongsian dibuat, Vida turut berkongsi video memaparkan dia sedang membeli-belah bersama anak-anaknya di sebuah butik jenama mewah. 

Ia sekali gus memberi gambaran bahawa walaupun menerima kritikan dan kecaman di media sosial, dia tetap menikmati saat-saat indah bersama keluarga. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barangan milik Vida termasuk 3 kereta mewah berjaya dilelong dengan harga RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Roslan Shah hadir beri sokongan, dedah Vida rungsing sebelum barangan dilelong

Menerusi video itu, Vida menulis kapsyen yang seakan membalas reaksi netizen sebelum ini

"Padan muka harta kena lelong dah tak boleh riak," tulisnya. 

Pada 30 November lalu, proses lelongan barangan milik Vida akhirnya berjaya dilaksanakan oleh syarikat Ah Design Communication selaku penuntut hutang selepas hampir setahun tertangguh. 

Vida tidak mengambil pusing dengan kritikan diterima di media sosial.

Lelongan tersebut berlangsung di kediaman usahawan itu di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak bermula pukul 10.40 pagi dan ia selesai kira-kira 1.40 petang. 

Proses lelongan itu dilakukan oleh pelelong berlesen S. Punithawati. 

Difahamkan, seorang usahawan bernama Norzamri Abdullah berjaya membida keseluruhan 727 barangan yang disita di banglo Vida dengan jumlah RM1 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain