PENGACARA Roslan Shah hadir memberi sokongan kepada sahabatnya, Datuk Seri Vida ketika proses lelongan barangan milik usahawan itu yang berlangsung di kediamannya di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak pada pagi Khamis.
Kata Roslan, 53, kedatangannya bukan untuk mencampuri urusan peribadi atau perundangan yang sedang berjalan, sebaliknya sekadar memenuhi janji untuk memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu.
"Saya datang sini pun memberikan sokongan kepada Vida, malam tadi kami berbual apa masalah dia. Tapi apa yang saya tahu perkara ini belum diputuskan oleh mahkamah untuk dilelong.

Roslan hadir ke Ipoh bagi memberi sokongan moral kepada Vida.
"Kita doakan yang baik-baik sahajalah. Saya datang ni sebab kasihankan dia (Vida), walaupun dia rungsing tentang isu ini tetapi dia kuat.
"Minggu lepas saya baru ke sini ada kerja, tetapi hari ini saya dah janji kepada dia akan datang berikan kata-kata semangat. Saya nak hilangkan tekanan dia," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Roslan turut menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Vida yang dilihat tenang meskipun berdepan tekanan dengan isu berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Barangan milik Vida termasuk 3 kereta mewah berjaya dilelong dengan harga RM1 juta
ARTIKEL BERKAITAN: Gagal capai persetujuan bayaran hutang lebih RM1 juta punca lelongan harta Vida diteruskan
Tambahnya, dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai konflik antara Vida dengan pihak kontraktor kerana menganggap ia sebagai urusan peribadi.
"Saya tidak boleh masuk campur tentang urusan dia, ia adalah privasi mereka. Itu antara Vida dengan pihak kontraktor dan peguam.
"Saya tak boleh memberikan sebarang komen kerana saya tidak memahami apa yang berlaku. Vida ada terangkan tetapi saya cakap insya-Allah semuanya akan selesai.
"Allah akan menguji tetapi dia sangat kuat melalui semua ini. Itu yang saya sangat respek kepada Vida. Anak-anaknya juga kuat. Ramai peminat pun doakan untuk mereka sekeluarga," ujarnya.
Roslan juga percaya Vida cukup kuat berdepan dugaan sebegini.
Pada Khamis, proses lelongan barangan milik Vida akhirnya berjaya dilaksanakan oleh syarikat Ah Design Communication selaku penuntut hutang selepas hampir setahun tertangguh.

Proses lelongan barangan milik Vida bermula pada pukul 10.40 pagi.
Lelongan tersebut berlangsung di kediaman selebriti itu di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak bermula pukul 10.40 pagi dan ia selesai kira-kira 1.40 petang, Khamis.
Proses lelongan itu dilakukan oleh pelelong berlesen S. Punithawati.
Difahamkan, seorang usahawan bernama Norzamri Abdullah berjaya membida keseluruhan 727 barangan yang disita di banglo Vida dengan jumlah RM1 juta.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


