PELAKON Rebecca Nur Al Islam tidak menyangka apabila perkahwinan yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perpisahan pada awal Mei lalu.
Rebecca berkata, demi menjaga aib kedua-dua belah pihak dia enggan berkongsi punca perceraian dengan bekas suaminya, Datuk Nur Azman Sulaiman.
“Sejujurnya, saya pun terkejut dan tak sangka perkahwinan yang dibina akhirnya sampai di sini saja. Mungkin tiada jodoh antara kami.
“Tak perlu (kongsi punca bercerai) sebab akan mengaibkan kedua-dua belah pihak. Rasanya apa yang boleh ditutup untuk simpan aib sendiri dan bekas suami, kita tutuplah.
Rebecca enggan menjawab sama ada perceraiannya itu disebabkan orang ketiga.
“Bagi saya, hidup ini terlalu singkat. Saya ikut saja apa yang sudah tertulis oleh Allah SWT. Saya terima ketentuan ini walaupun saya sendiri tak sangka,” katanya kepada mStar.
Rebecca berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama Amber iaitu Oasis 2.0 - Mirage: A Secret by The Desert di butik Amber Flagship, Shangri-La, Luala Lumpur pada Khamis.
Ditanya sama ada perpisahan itu berpunca daripada orang ketiga, Rebecca enggan mengulas perkara itu.
“No komen,” jawabnya ringkas.
Mengakui masih dalam fasa untuk memulihkan semangat, Rebecca berkata dia kini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita sudah cuba yang terbaik” - Rebecca Nur Al Islam beri bayangan kisah rumah tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam tamat tempoh idah, mohon doa perjalanan ke Tanah Suci
“Sejujurnya saya tengah ‘down’. Saya pun baru saja keluar (jumpa orang). Saya banyak mendekatkan diri kepada dunia yang kekal selamanya, tapi bila fikir semula saya ini dah nak mati ke?
“Jadi saya fikir kenapa tidak saya keluar jumpa orang. Hari ini (semalam) adalah hari kedua saya betul-betul keluar. Hari pertama saya menghadiri majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman.
“Sebenarnya saya bukan takut nak berdepan dengan orang, tapi saya macam tak tahu kenapa. Namun saya sedar saya kena bangkit dan cari semangat semula untuk teruskan kehidupan serta mencari rezeki demi tujuh orang anak saya.
Sebelum ini perkongsian Rebecca di media sosial menarik perhatian netizen apabila aktres berkenaan seakan-akan memberi gambaran hubungannya dengan Nur Azman didakwa sudah berakhir.
Rebecca reda apabila perkahwinannya bersama Nur Azman hanya bertahan selama 14 tahun.
Rebecca, 39, berkata, dia dan suami sudah cuba berusaha yang terbaik namun akur dengan takdir yang ditentukan Allah SWT.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


