PELAKON Datin Elvina Mohamad mengakui tidak mengetahui bahawa drama terbaharunya, Safira (Bukan Nama Sebenar) mengandungi babak panas ketika menerima tawaran menjayakan watak utama dalam karya tersebut.
Menurut Elvina atau Norzalina Mohamad, 30, dia hanya menerima skrip lima episod pertama dan tidak dimaklumkan mengenai adegan sensasi yang muncul kemudiannya.
"Ketika menerima tawaran drama ini, saya tidak tahu tentang babak-babak panas itu sebab skrip semuanya on going. Kami dapat skrip daripada lima episod pertama, bukannya keseluruhan cerita.
"Jadi apabila menerima skrip episod seterusnya dan ada adegan seperti itu (babak panas), saya tidak boleh membantah tetapi cuba untuk berbincang dengan pengarah untuk melakukannya dengan cara 'double body' dan 'camera trick'," katanya kepada mStar.

Elvina tidak dimaklumkan mengenai adegan sensasi dalam drama.
Elvina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) yang diadakan di Pavilion Damansara Heights, Damansara pada malam Rabu.
Dalam pada itu, Elvina menjelaskan dia terpaksa mengikut kehendak skrip namun babak berkenaan dilakukan secara profesional bagi mengelakkan sebarang sentuhan fizikal antara pelakon.
“Ketika ‘shooting’ sudah tentu kita menggunakan ‘camera trick’ dan kita sebagai pelakon pun tak bersetuju nak menjayakan babak panas sebegitu. Itu sebab kita ‘double body’ untuk menjayakan babak itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Babak atas katil buat orang salah faham” - Elvina Mohamad guna ‘stunt double’ untuk aksi panas
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Elvina Mohamad terkait babak panas, netizen kecam adegan atas katil… “Kenapa ambil job ini, dah ada laki kot”
“Tapi siapa kita untuk menolak, kerana pada awalnya kita sudah ‘sign’ kontrak, jadi kita kena habiskan juga penggambaran. Babak itu adalah atas permintaan pengarah dan produksi sendiri, kita pun hormat dan gunakan ‘double body’.
"Dalam ‘shooting’ ini tak semua babak kita buat betul-betul,” ujarnya.
Mengulas mengenai reaksi netizen yang bakal mengaitkannya dengan budaya boikot atau 'cancel', Elvina tidak menafikan fenomena tersebut semakin menular dalam masyarakat dan sukar dielakkan.
Ketika menerima tawaran drama ini, saya tidak tahu tentang babak-babak panas itu sebab skrip semuanya on going.
DATIN ELVINA MOHAMAD
PELAKON
Dia bagaimanapun memilih untuk tidak melayan komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya serta enggan memandang serius perkara tersebut.
“Tak tahu mengapa budaya ‘cancel’ sekarang ini menular dalam masyarakat kita. Saya rasa netizen sekarang mahu kita ikut kata-kata mereka, kalau kita buat silap sikit saja, kena ‘cancel’.
“Kita pun manusia, kita akan buat salah juga, jadi bagi saya itu adalah pilihan masing-masing, kalau nak ‘cancel’, kita tak boleh nak buat apa. Saya rasa kalau kita hidup untuk puaskan orang, susah juga sebab kita takkan boleh puaskan semua orang.

Elvina memegang sebagai watak utama dalam Safira (Bukan Nama Sebenar).
"Bagi saya, budaya sebegini tak patutlah berlaku dalam negara kita. Tapi terpulang pada individu, kalau kita melayan atau menjawab, akan ada juga kesalahan jadi lebih baik berdiam diri," katanya.
Sebelum ini, babak Elvina berada di atas katil bersama aktor Hazeeq Deen menjadi perbualan netizen.
Rata-rata berpendapat adegan berunsur seksual itu tidak wajar dilakonkan oleh wanita berstatus isteri orang dan menganggap babak sedemikian boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton.
Drama Safira (Bukan Nama Sebenar) arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila, Malek McCrone dan Shakley Wong.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


