suria

“Babak atas katil buat orang salah faham” - Elvina Mohamad guna ‘stunt double’ untuk aksi panas

Elvina tak peduli dengan komen netizen.

NAMA pelakon Datin Elvina Mohamad menjadi sebutan selepas tular sedutan drama Safira yang memaparkan babak panas hingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 30, tampil menjelaskan babak yang memaparkan aksi membuka baju bersama pelakon Hazeeq Deen itu juga disalah faham penonton kerana wajah pelakon sebenar tidak kelihatan dengan jelas.

"Setiap orang ada pendapat masing-masing, tapi cukup sekadar saya tahu batas.

Antara babak yang dilakonkan oleh pelakon Cina.

"Babak atas katil yang tular itu sebenarnya orang salah faham. Ada yang tag saya di media sosial, tapi pelakon dalam klip itu sebenarnya pelakon berbangsa Cina, bukan saya,” katanya kepada mStar.

Menurut Elvina, adegan yang kelihatan dia terbaring di atas katil sebenarnya menggunakan teknik kamera dan pelakon ganti (stunt double) bagi memastikan hasil lakonan tampak realistik tanpa perlu melanggar batas.

“Dalam mana-mana drama pun, kita mahu penonton rasa yakin itu saya, tapi sebenarnya boleh saja guna stunt double atau teknik kamera.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Elvina Mohamad terkait babak panas, netizen kecam adegan atas katil… “Kenapa ambil job ini, dah ada laki kot”

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz tak kenal pelakon babak panas, dakwa bukan adegan dalam drama Safira

"Babak yang tak nampak muka saya itu semuanya menggunakan pelakon ganti,” ujarnya.

Ditanya mengenai kecaman dan spekulasi yang timbul di media sosial, Elvina tidak mahu mengambil pusing dengan komen negatif netizen yang sering mencari salah orang lain.

“Itu pandangan mereka. Kalau kita asyik fikir apa orang nak cakap, sampai bila pun kita tak akan maju. Mereka selalu buat spekulasi sendiri dan keluarkan kenyataan tanpa tahu perkara sebenar.

"Saya pun belum sempat tengok media sosial sebab sibuk kebelakangan ini. Apapun, kita tak boleh nak tutup mulut orang,” katanya lagi.

Mereka selalu buat spekulasi sendiri dan keluarkan kenyataan tanpa tahu perkara sebenar.

ELVINA MOHAMAD

PELAKON

Sebelum ini, babak Elvina berada di atas katil bersama aktor Hazeeq Deen, itu menjadi perbualan netizen.

Rata-rata berpendapat adegan berunsur seksual itu tidak wajar dilakonkan oleh wanita berstatus isteri orang dan menganggap babak sedemikian tidak sesuai untuk ditayangkan kerana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. 

Pada selasa lalu, netizen meluahkan rasa kurang senang selepas menonton satu sedutan klip video adegan panas dalam drama yang sama dipercayai diterbitkan syarikat produksi, MIG Productions. 

Antara babak yang dilakonkan oleh pelakon ganti.

Menerusi video yang dimuat naik, terdapat babak mengelikan antara dua pelakon yang tidak diketahui identitinya sedang melakukan babak ranjang di atas katil serta beberapa aksi keterlaluan.

Malah sebelum adegan itu, terdapat babak panas di mana pelakon lelaki itu menanggalkan gaun dan pakaian dalam wanita tersebut.

Drama Safira arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi pelakon terkenal seperti Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli,  Sazzy Falak, Emelda Rosmila, Malek McCrone dan Shakley Wong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain