AKSI mesra lakonan Datin Elvina Mohamad bersama pelakon, Hazeeq Deen, dalam sedutan drama terbaharu berjudul Safira mencetuskan perhatian dan perdebatan hangat di media sosial.
Menerusi klip video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi iQiyi Malaysia [Tonton Sini] memaparkan Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 30, berada di atas katil bersama pelakon lelaki itu.
Bagaimanapun babak intim yang dijayakan tak dapat dipastikan sama ada dilakonkan oleh aktres itu sendiri atau sekadar menggunakan teknik kamera.

Elvina didakwa melakonkan babak mesra bersama Hazeeq.
Adegan berunsur seksual itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang berpendapat ia tidak wajar dilakonkan oleh wanita berstatus isteri orang.
Rata-rata menganggap babak sebegitu tidak sesuai untuk ditayangkan dan boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton, khususnya golongan muda.
"Elvina ke yang tidur tu? Apa bendalah cerita macam ini, Elvina itu sudah ada keluarga.
"Senang betul bersentuhan dengan orang lain padahal sudah jadi isteri orang. Kenapa Elvina ambil job ini, kau dah ada laki kot.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz tak kenal pelakon babak panas, dakwa bukan adegan dalam drama Safira
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video babak panas undang rasa jijik, netizen dakwa produksi tempatan hilang malu... “Seriuslah, Malaysia dah mula buat drama begini?”
"Teruknya babak ini, merosakkan minda anak-anak muda," antara komen netizen.
Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Elvina mengenai isu berkenaan tidak berjaya.
"Saya ada acara sekarang, nanti hubungi saya balik," kata ringkas.
Sebelum ini, netizen meluahkan rasa kurang senang selepas menonton sedutan klip video adegan panas dalam drama yang sama dipercayai diterbitkan syarikat produksi, MIG Productions.

Antara netizen yang mempersoalkan babak lakonan Elvina.
Menerusi video yang dimuat naik, terdapat babak mengelikan antara dua pelakon yang tidak diketahui identitinya sedang melakukan babak ranjang di atas katil serta beberapa aksi keterlaluan.
Malah sebelum adegan itu, terdapat babak panas di mana pelakon lelaki itu menanggalkan gaun dan pakaian dalam wanita tersebut.
Drama Safira arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi pelakon terkenal seperti Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila, Malek McCrone dan Shakley Wong.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


